Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Sayu! Empat Beradik Hilang Ibu, Bapa & Nenek Sekelip Mata (9 Gambar)

$
0
0

“Saya berbual dengan ibu pada petang kejadian (kelmarin). Ibu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berbual seperti biasa. Saya tidak menyangka akan menerima berita kemalangan membabitkan semua ahli keluarga saya pada malamnya. Kali terakhir saya berjumpa mereka pada Selasa lalu iaitu ketika mereka menghantar saya ke asrama,” kata Nuramira Shahira Mohd Nazeri,17.

Nuramira Shahira bersama tiga adiknya kini menjadi yatim piatu apabila ibu bapa dan neneknya maut dalam kemalangan di kilometer 24, Jalan Teluk Intan-Chenderong Balai, Teluk Intan, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, mangsa, Mohd Nazeri Abdul Razak, 45, dan Norzuwida Ahmad Tarmizi, 41, serta ibu Norzuwida, Zaleha Ibrahim, 71, maut, manakala tiga anak pasangan itu Nuramira Shafika, 15, Muhammad Aiman Haziq, 8, dan Muhammad Danial, 1, cedera selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dilanggar treler dari arah bertentangan.

Nuramira Shafika dilaporkan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki dan pinggul serta masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), manakala Muhammad Aiman Haziq sudah dibenarkan keluar dari HTI selepas hanya mengalami kecederaan di kepala.

Muhammad Danial pula dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan susulan akibat kecederaan di kepala.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997