Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(8 Gambar) Guru Murung Ditemui Rentung Dalam Kereta

$
0
0

Seorang guru pendidikan khas yang mengalami masalah mental maut dalam keada­an tragis selepas rentung dalam kereta milik bapanya di rumah mereka dekat Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam, Ayer Molek di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Fara Wahida Ali, 37, disahkan maut di tempat kejadian selepas rentung keseluruhan badannya dalam kereta yang dipercayai membakar dirinya sendiri.

Bapa mangsa, Ali Mikram, 62, ketika ditemui berkata, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak sebelum diberikan cuti rehat sejak dua bulan lalu berikutan mengalami masalah kemurungan.

Katanya, anak perempuannya itu juga pernah dimasukkan ke Hospital Saratok dan kemudian dibawa pulang ahli keluarga ke kampung untuk rawatan.

“Kejadian kebakaran ini hanya disedari sebaik sahaja saya terjaga dari tidur kira-kira pukul 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan kuat dan mendapati api menjulang di hadapan rumah.

“Pada mulanya saya tidak tahu anak saya berada di dalam kereta kerana saya sangka dia sedang tidur di dalam bilik lalu mengejutkan anak lelaki untuk mema­damkan kebakaran itu dengan menggunakan air,” katanya ketika ditemui di sini.

Ujar Ali, dia hanya mengetahui mangsa berada di dalam kereta tersebut selepas mendapati kunci kereta Proton Iswara sudah tiada di tempat simpanan dan pada masa sama seorang lagi anak perempuannya mengatakan mang­sa tiada di dalam biliknya.

Katanya, mangsa mengalami masalah kemurungan sejak enam tahun lepas yang dipercayai akibat buatan orang dan keadaan itu semakin teruk sejak sebulan lalu.

“Anak saya sebelum ini pernah bertunang beberapa tahun yang lepas dan telah putus setelah pihak lelaki mengetahui dia mengalami masalah kemurungan.

“Namun sejak dua tiga hari kebe­lakangan ini, dia tidak duduk diam dan hanya berjalan ke hulu ke hilir di dalam rumah dan sering menyendiri serta sering memberitahu emaknya yang dia suka bermain api,” dakwanya.

Sementara itu, menurut sumber polis, hasil siasatan di tempat kejadian polis menemukan sebuah botol dipercayai bekas minyak petrol dan alat pemetik api yang berada di tanah bersebelahan kereta yang terbakar.

Turut ditemukan sekeping nota di atas meja di ruang tamu rumah.
Selain kereta Proton Iswara, sebuah lagi kereta iaitu Diahatsu Charade milik ahli keluarga berkenaan terbakar dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997