Jika sebelum ini, Hanis Zalikha menyatakan bahawa suaminya, Hairul Azreen merahsiakan lokasi berbulan madu mereka, kini pasangan ini telah berkongsikan gambar-gambar menarik mereka di kepulauan Bora Bora.
“Saya menghitung hari untuk ke destinasi berbulan madu kami ini hampir setiap hari. Pada mulanya, suami merahsiakan destinasi kami. Tapi akhirnya dia beritahu juga bagi memudahkan saya membuat persiapan ke tempat itu,” kata Hanis sebelum ini.
Semoga percutian bulan madu Hanis dan Hairul berada di dalam keadaan baik belaka dan selamat pulang nanti. Tahun depan sudah boleh timang baby, eh?. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang mereka berada di sana. Enjoice!