Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun selamat melahirkan seorang bayi di sebuah klinik swasta di Bahau pagi tadi.
Menurut sumber polis, murid darjah lima berkenaan sebelum itu mengadu sakit perut lalu dikejarkan ke klinik tersebut.
“Bagaimanapun, setibanya di klinik kanak-kanak itu disahkan mengandung dan sakit perut disebabkan mahu melahirkan anak.
“Hasil maklumat awal, kanak-kanak itu tinggal bersama neneknya di pekan Bahau.
“Siasatan lanjut berhubung perkara ini masih dijalankan,” katanya.