Semalam, pelakon Aaron Aziz telah memuat naik beberapa video di laman Instagramnya yang memaparkan videonya 12 tahun lalu, ketika akad nikah.
Turut diselitkan video ucapannya buat isteri tercinta Diyana Halik dan disertakan dengan hashtag #aarondiyanaweddinganniversary.
Pelakon ini memang dikenali sebagai seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab dan tempias populariti itu bukan sahaja terkena pada dirinya, tetapi juga isteri dan anak-anak. Kami kongsikan beberapa video yang dimuat naik oleh Aaron.
Kepada Aaron dan Diyana, kami ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-12.