Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Askar AS bunuh 16 rakyat awam Afghan disyor dihukum mati

$
0
0

Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan hukuman mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh 16 orang awam, sebahagiannya kanak-kanak Mac lalu.

Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman mati di akhir kes.

Beberapa askar AS turut dipanggil dalam sesi pendengaran di mahkamah berhubung kes yang melibatkan Sgt Robert Bales.

Peguam Bales bagaimanapun menega

skan tiada bukti yang kukuh anak guamnya melakukan kesalahan itu.

Penyiasat utama dalam kes itu akan membuat syor sama ada kes perlu dibawa ke mahkamah tentera atau meneruskan hukuman.

Kol Lee Deneke akan membuat usul menjelang akhir minggu ini sebelum membuat keputusan sama ada Bales boleh merayu atau tidak.

Tentera pendakwa, Mej Rob Steel memberitahu ketika sesi pendengaran, hukuman mati perlu dipertimbangkan kerana ia kejam dan sangat keji.

Bales menghadapi 16 tuduhan membunuh, enam tuduhan dalam cubaan membunuh serta tuduhan serangan dan menyalahgunakan dadah dan alkohol.

Perbicaraan diadakan pada sesi petang bagi memudahkan mangsa dan keluarga mangsa yang dibunuh di kampong wilayah Kandahar boleh memberi keterangan melalui pautan video.

Sebelum ini, seorang gadis berusia tujuh tahun memberitahu mahkamah yang beliau bersembunyi di belakang bapanya sebelum bapanya ditembak dan dibunuh.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997