Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Wanita Tampal Pelekat Kenderaan #TangkapNajib Disiasat Polis

$
0
0

Gara-gara memasang peleket kenderaan yang bertulis `#TangkapNajib’, seorang wanita di Kuching, Sarawak, disoal siasat oleh polis kerana dipercayai cuba menghasut.

Pelekat kenderaan itu ditampal pada cermin belakang kereta Hyundai Elantra warna putih milik wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Roslan Ahmad Bek dalam satu kenyataan mengesahkan yang pihaknya menyiasat wanita berusia 31 tahun itu.

“Lebih kurang jam 3 petang semalam (Isnin), sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Kulas, Kuching telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat perkataan #TangkapNajib berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut,” katanya sambil menambah,hasil semakan lanjut mendapati pemilik kenderaan tersebut adalah seorang wanita.

Mengulas lanjut, Roslan berkata pemilik kenderaan tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Katanya, jika didapati bersalah wanita terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpama itu dimana-mana bahagian kenderaan,” tegas Roslan.

Siasatan polis terhadap wanita terbabit telah menjadi viral dengan beberapa buah blog berkongsikan cerita mengenainya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997