Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara Mendoza tekad mendedahkan sikap Fizz yang cuba memikatnya menerusi perbualan menerusi aplikasi sosial WeChat.
BACA: “Body U Mantop Gila” – Fizz Fairuz Kantoi Menggatal
“Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.
“Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya,” ujarnya.
Tidak lama selepas memuatnaik paparan perbualan berkenaan, Fara bertindak memadamkannya selepas ditegur oleh rakan artis, Emma Maembong.
“Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi.
“Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu,” ujarnya lagi.
Kedua-dua artis berkenaan dikatakan mula mengenali satu sama lain ketika berada di lokasi penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa.