Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Video) Najib ‘Game Over’ Jika Dana RM2.6 Billion Wang Rasuah

$
0
0

“Permainan tamat,” itulah yang dikatakan oleh Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan jika benar wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rasuah.

Bagaimanapun Abdul Rahman yakin wang tersebut bukan rasuah dan ia dibenarkan oleh perlembagaan parti dan undang-undang negara.

Menurutnya, biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan lanjut bagi mengesahkan perkara itu.

“Tanya SPRM lah, sudah tentu perdana menteri cakap ia bukan rasuah. Kalau tidak game overlah,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengakui terdapat permainan kuasa dalam siasatan melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, jika siasat itu hanya berkisar aliran akaun syarikat tersebut sudah tentu siasatan dibuat SPRM dapat diselesaikan dalam masa singkat.

“Tetapi bila agenda lain bermain dalam ‘wayang kulit’ itu maka (keadaan) menjadi isu besar. Itulah masalahnya,” katanya.

Beliau sebelum itu ditanya adakah kenyataan yang dikeluarkan Najib bertentangan dengan jawapan daripada SPRM bahawa wang RM2.6 bilion adalah wang derma dan tiada unsur rasuah.

Abdul Rahman berkata, terdapat ekosistem tidak percayakan kerajaan yang mana setiap jawapan yang diberikan ditambah dengan fitnah.

“Bila perdana menteri beri fakta dan 1MDB berikan fakta ada satu ekosistem dalam negara memperlekehkan kenyataan itu.

“Bila keadaan ini berlaku, langkah seterusnya adalah jalankan siasatan. Sebab itu perdana menteri sangat terbuka bila ada soalan mengenai 1MDB, beliau suruh siasat,” katanya.

Abdul Rahman berharap semua pihak berlaku adil kepada perdana menteri dan kerajaan dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan SPRM itu dengan baik tanpa menimbulkan sebarang spekulasi.

Beliau juga mempersoalkan kenapa wang derma yang diterima Umno menjadi terlalu kontroversi.

Katanya, mungkin penderma itu mahu melakukan kebajikan sepertimana Putera Arab Saudi Alwaleed Talal yang mendermakan kesemua hartanya berjumlah AS$32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.

“Kenapa tidak (didermakan) kepada Umno?

Penderma itu mahukan penduduk di kampung punya rumah, jalan raya berturap, dan pendidikan yang lebih baik.

“Kenapa apabila datang kepada Umno perkara itu menjadi terlalu subjektif. Sedangkan parti lain turut menerima sumbangan daripada luar negara, “ katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997