Nampaknya, perangai blogger seks Alvin Tan semakin kurang ajar apabila beliau melakukan suatu tindakan menghina agama Islam dengan cara yang paling keji sekali.
Kali ini, dia dengan selamba mencacah tatu dengan tulisan nama Allah di bahagian bawah pahanya.
Dengan bangganya pastinya dengan niat menyakitkan hati orang Islam, dia memuatnaik gambar terkangkang dengan tatu berkenaan di pahanya untuk tatapan orang yang mengikuti laman sosial Facebooknya.
“Tak banyak orang yang tahu aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yang Maha Penyayang, Allah SWT, di belakang paha aku… Amin!! #ReligionOfPeace,” kata Alvin biadap di Facebooknya.
Tindakan Alvin dikecam bagaimanapun sebahagian besar sudah menganggap Alvin seperti manusia hilang akal yang gemar mencetuskan bibit kemarahan agama lain khususnya agama Islam.
Sebelum ini, ketika di Malaysia Alvin dan pasangan bloggernya Vivian Lee menggemparkan umat Islam di negara ini apabila mengajak mereka berbuka puasa dengan memakan Sup Tulang Babi atau Bak Kut Teh di Facebook tanpa rasa hormat.
Logo yang dicacahkan di paha Alvin itu kelihatan seperti kalimah Allah yang ditulis secara seni khat yang berbeza daripada tulisan biasa yang kita lihat.
Alvin di ruangan komen berseloroh dengan berkata selepas ini dia mahu mencacah pula tatu logo halal di pehanya.
Kelmarin, dia di laman sosial sama telah menulis mahu mengadakan hubungan seks dengan anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bernama Nurulhidayah kerana dirasakan wanita itu cantik pada pandangannya.
Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan membebaskan Alvin dan Vivian daripada satu pertuduhan iaitu menimbulkan permusuhan antara penganut pelbagai agama melalui perbuatan mereka memuatnaik gambar menghina umat Islam ketika bulan Ramadan melalui Facebook.
Pada mulanya, mereka menghadapi tiga pertuduhan, berikutan keputusan itu, dua lagi tuduhan terhadap mereka kekal.
Alvin melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan suaka politik sehingga ke hari ini.