Gelagat seorang mantan guru besar mengotakan janjinya dengan bertindak terjun tingkat satu bangunan sekolah selepas kejayaan cemerlang yang diperoleh pelajarnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini mencuit hati pengguna media sosial.
Menerusi video yang dikongsi di laman Facebook Oh! Media hari ini, insiden lucu itu dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan Batu Kitang, Kuching Sarawak.
Berdasarkan video berdurasi 3 minit 14 saat itu, bekas guru besar tersebut dilihat memanjat bangunan tersebut sambil dibantu beberapa orang guru lain yang turut memberi sokongan kepadanya.
Aksi terjunan bekas guru besar itu turut disaksikan puluhan pelajar sekolah terbabit yang bersorak dari bawah bangunan berkenaan.
Apa yang menarik perhatian ramai, di awal rakaman video itu ia jelas menampakkan ‘ketakutan’ guru tersebut untuk melakukan terjunan meskipun tilam telah diletakkan di bawah bangunan.
Kelihatan juga dua guru yang berada di atas bangunan itu memberi tunjuk ajar kepadanya sebelum terjunan dibuat.
Sebagai ‘memberi’ keyakinan, seorang guru lain memulakan terjunan sebelum sejurus kemudian diikuti oleh aksi terjun bekas guru besar itu yang disambut dengan sorakan para pelajar.
Oh! MaGuru Besar Tunai JanjiantanMantan Guru Besar sanggup panjat bangunan sekolah demi mengotakan janji beliau untuk terjun dari tingkat 1 jika pelajar-pelajar tahun 6 mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR. Lokasi : SK Batu Kitang
Posted by Oh! Media on Wednesday, September 2, 2015