Ucapan selamat hari Malaysia pada Rabu, 16 September 2015. Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat warga Malaysia di seluruh negara.
Selain sambutan hari kemerdekaan Tanah Melayu yang diraikan pada setiap 31 Ogos, Malaysia juga turut meraikan Hari Malaysia pada setiap 16 September.
Tujuan utama sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September adalah untuk memperingati persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu dan menjadi satu negara yang harmoni iaitu Malaysia.
Oleh itu, pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat Hari Malaysia khususnya kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Semoga keharmanion dapat dikekalkan di Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum, adat, budaya, dan agama.