Gambar sekitar Perhimpunan Melayu Bersatu pada Rabu, 16 September 2015. Difahamkan perhimpunan Melayu Bersatu bertujuan untuk membangkitkan maruah orang Melayu dan sebagai tindak balas terhadap Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 hingga Ogos lalu yang didominasi kaum Cina.
Himpunan Melayu Bersatu diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dan dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kelolaan Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Lokasi perhimpunan Melayu Bersatu ini bermula di Bukit Bintang dan berarak ke Padang Merbok pada pukul 3.00 petang. 3 lagi lokasi ‘check point’ yang ditetapkan adalah di Masjid Negara, Masjid Al Bukhary di Jalan Hang Tuah dan Kompleks Kraf di Jalan Conlay.