Cara berpakaian seorang pelajar yang pernah membintangi iklan Hari Kemerdekaan Petronas beberapa tahun lalu mendorong sindiran berbau seks pengguna laman sosial Facebook.
Rata-rata pengguna Facebook memilih untuk mempersenda payudara Ummi Khazriena, 15, yang muncul bersama Tan Hong Ming dalam iklan arahan Yasmin Ahmad pada 2008 ketika usianya 7 tahun.
“Baik ya semasa kecil, tersembunyi. Besar sudah tidak tersembunyi. Orang nampak, orang tengok. Akan jadi gangguan seks kepada laki-laki,” kata pengguna Asmar Mie.
Komen-komen itu muncul susulan pengendali akaun Facebook meletakkan keterangan gambar yang berbunyi: “Iklan Petronas untuk Hari Kemerdekaan ke-50. Dah besar dah dia orang.”
“Perghhhh besarnya. Mahu 34d saiz dia. Maksud aku saiz kasut dia, Sudah, kau orang jangan fikir bukan-bukan,” kata pengguna lain Amer Zach.
Bagaimanapun, kebanyakan pengguna yang memberi komen bernada seks terhadap gadis itu mempertahankan pandangan mereka, memberi alasan bahawa ia hanya tindak balas lazim seorang lelaki.
“Kalau kau tidak tunjuk, orang pun tidak tengok. Kau yang gatal tunjuk, orang pun gatal tengok. Perkara ringkas saja,” ulas seorang lagi pengguna Nik Hakim.
“Sebab itu Sang Pencipta mewajibkan kita menutup aurat sebab Sang Pencipta lebih kenal makhluk ciptaan-Nya sendiri daripada kita kenal diri kita sendiri,” kata pengguna lain dalam ruangan ulasan.
Reaksi-reaksi seumpama ini bukan pertama kali ditujukan kepada wanita Islam di laman-laman sosial berhubung cara berpakaian dan aurat mereka.
Pelakon drama terkenal Jasmin Hamid terpaksa menyekat peminatnya di laman sosial yang terlalu mendesak agar bertudung, sehingga menyamakan rambutnya dengan bulu ari-ari.
Puteri Johor Tunku Aminah Iskandariah menutup akaun Instagram dan media sosialnya yang lain awal bulan ini selepas dikritik tidak memakai tudung.
Ahli sukan negara Farah Ann Abdul Hadi menerima tekanan apabila pakaiannya sebagai gimnas dikatakan membayangkan kemaluannya.