Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Isteri Buat Luahan Hati, Dedah Sikap Sebenar Ajak Shiro

$
0
0

Isteri kepada pelawak terkenal Ajak Shiro, Afifah telah membuat luahan hati tentang sikap sebenar suaminya ketika menghabiskan waktu bersama keluarga.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Afifah melalui akaun instagramnya pada Selasa dengan memuat naik sekeping foto menunjukkan Ajak sedang menjamu selera sambil memangku dan menyusukan anak bongsunya, Nada Soffea.

Foto tersebut disertakan dengan coretan menyentuh hati:

“Nie citer semalam, susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi.

“Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat.tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet.

“Kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah..Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba.

“Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.

“Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah…terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini.” tulisnya.

Penulisan Afifah itu jelas menunjukkan betapa dalamnya cinta Ajak terhadap dirinya dan jugak anak-anak mereka.

Malah, Afifah juga menyatakan perasaan syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Sementara itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan-ucapan sweet peminat Ajak yang mendoakan kebahagiaanya mereka sekeluarga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997