Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Punca Sebenar Zamani Slam ‘Lari’ Dari Rumah Pengasih

$
0
0

Vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, menafikan dakwaan beliau melarikan diri dari Rumah PENGASIH di sini pada Khamis lalu.

Beliau menjelaskan perbincangan bersama pihak PENGASIH dan keluarga telah dibuat pada dua minggu lalu. “Sejujurnya saya terkejut dengan dakwaan mengatakan saya melarikan diri dari Rumah PENGASIH kerana perbincangan secara baik telah dibuat.

“Bagaimana pun, pihak PENGASIH belum menetapkan sebarang tarikh untuk saya keluar secara baik. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pusat rawatan ini.

“Tindakan saya membuat laporan polis di Muar, Johor adalah bagi membuat ‘cover report’ memaklumkan saya sudah keluar dari Rumah PENGASIH.

“Kehadiran saya pada hari ini adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Ia sudah dibuat ketika perbincangan dua minggu lalu lagi,” katanya.

Zamani berkata, beliau berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik kerana masih memerlukan sokongan dari semua pihak untuk pulih seperti sedia kala.

“Saya tidak boleh memberi jaminan untuk berubah secara mendadak. Namun saya mencuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak.

“Beri saya masa secara perlahan-lahan kerana baru saja keluar dari Rumah PENGASIH. Masih terlalu awal untuk saya ulas lebih lanjut berhubung isu ini,” kata Zamani.

Sebelum ini, Zamani didenda RM 5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997