Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Bacaan Terkini IPU Jerebu 20 Oktober 2015 Malaysia

$
0
0

Bacaan semasa dan terkini IPU jerebu pada Selasa, 20 Oktober 2015 di Malaysia. Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.

Bacaan IPU pada 20 Oktober 2015 mulai jam 12.00 tghmalam sehingga 5.00 pagi. Bacaan IPU pada 20 Oktober 2015 mulai jam 6.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Bacaan IPU pada 20 Oktober 2015 mulai jam 12.00 tghari sehingga 5.00 petang.

Mengikut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Pelabuhan Kelang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 174, diikuti Shah Alam (157) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (146).

Kawasan-kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya (140); Banting dan Kuala Selangor (masing-masing 137); Tanjung Malim (133); Putrajaya (130) dan Tawau (123); Cheras, Kuala Lumpur (121); Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (117); Seri Manjung (114); Seremban (115); Jalan Tasek, Ipoh (112); Bukit Rambai, Nilai dan Jerantut (masing-masing 110); Bakar Arang, Sungai Petani (107); Port Dickson (106); Kuala Terengganu (105) dan Kemaman (103).

Sebanyak 29 kawasan pula merekodkan bacaan IPU sederhana, antaranya Bandaraya Melaka (97), Balok Baru, Kuantan (95) dan Alor Setar (91).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997