Tarikh pembayaran bantuan RM100 kepada pelajar sekolah sesi persekolahan tahun 2016. Seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016, semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM100. Pembayaran akan dibuat pada 15 Januari 2016 secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia. Bagaimanapun, bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada mreka yang mempunyai ibu bapa berpendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah sahaja. Bantuan persekolahan 2016 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada 3.5 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM350 juta.
Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Sesi 2016
Tarikh Bayaran: Dibayar mulai 15 Januari 2016
Jumlah Bantuan: RM100
Syarat Bantuan: Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100, kepada mereka yang penjaganya berpendapatan bawah RM3,000. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak untuk menerima bantuan persekolahan RM100.