Borang permohonan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM 5.0 seperti yang diumumkan dalam bajet 2016, kadar bayaran BRIM 2016 telah dipertingkat dan diperluaskan. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari RM950 kepada RM1000. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM750 kepada RM800. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM350 kepada RM400. Satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.
Borang Permohonan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/