Sebuah pesawat yang dipercayai milik Rusia dilaporkan terhempas berhampiran dengan Lapangan Terbang Selatan Sudan hanya beberapa minit setelah berlepas.
Pesawat berkenaan dikatakan membawa tujuh orang penumpang dan lima anak kapal Rusia. Namun hanya dua sahaja yang terselamat dari tragedi itu.
BREAKING NEWS:Lagi pesawat Russia terhempas. 40 anak kapal terpercayai terkorban.Berita menyusul.
Posted by Wowberita (Official) on Wednesday, November 4, 2015
Menurut saksi, pesawat itu terbang dalam keadaan terbalik sepanjang Sungai Nil, lapor Reuters.
Dari sumber Twitter pula melaporkan pesawat itu terhempas 800 meter dari Lapangan Terbang Juba.
Seorang wanita dan tujuh kanak-kanak adalah mangsa, lapor National Courier.
Pesawat itu dikatakan dalam penerbangan ke Paloich di kawasan hulu Sungai Nil, kata sumber.
Manakala laporan lain pula mengatakan seramai 40 orang meninggal dalam tragedi berkenaan.