Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Ada Sebab Saya Pukul Ika Nabila’– Azma Aizal Yusoof

$
0
0

Pengarah Azma Aizal Yusoof menjelaskan bahwa dia mempunyai sebab bertindak memukul pelakon Ika Nabila di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang pada Isnin lalu.

Memetik laporan mStar online, Azma, 33, bagaimanapun enggan berkongsi hal berkenaan namun menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

Kata pengarah yang pernah dinobatkan Pengarah Terbaik Anugerah Tribute P Ramlee 2014 ini, dia hanya boleh memberitahu cerita sebenar selepas kes tersebut selesai.

Laporan menyebut, Azma turut menyatakan dia tidak gentar untuk berdepan dengan isu tersebut kerana percaya Tuhan akan menyebelahinya.

Terdahulu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu.

Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, pada malam hari kejadian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997