Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Fenomena Doktor Kacak: Ustaz Tegur Sikap Wanita Islam

$
0
0

Beberapa hari ini, rakyat Malaysia heboh berbicara tentang seorang doktor pakar sakit puan yang dijemput menjadi tetamu sebuah stesen radio.

Apa yang menjadi perbualan adalah ketampanan doktor tersebut dan bagaimana tiba-tiba sebilangan wanita di Malaysia menjadi obses dengannya.

Ramai wanita yang memuji kesempurnaan fizikal doktor muda berusia 27 tahun, malah ada juga yang tanpa segan silu memberitahu sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan doktor berkenaan menguruskan mereka bersalin.

Lebih mengejutkan, mereka yang melontarkan kata sedemikian di laman sosial terdiri daripada wanita Islam.

Justeru tidak hairanlah apabila perkara itu mendapat perhatian beberapa tokoh agama.

Di laman Facebook, seorang ustaz dengan nama Hafez Sabri membuat teguran terbuka terhadap wanita berhubung perkara ini.

#Share n #ViralTEGURAN TERBUKA BUAT RADIO HOT FMPagi 2 November lepas Radio Hot FM melalui AM Krew telah membawakan…

Posted by Hafez Sabri on Tuesday, November 3, 2015

Antara yang disebut Hafez adalah bagaimana Islam mengangkat darjat wanita begitu tinggi, namun kerana kurangnya adab dan tiadanya rasa malu, semua kemuliaan itu dikorbankan begitu sahaja.

Hafez turut menegur doktor terbabit supaya bukan sahaja mengamalkan sikap profesional, tetapi juga meletakkan hukum Allah sebagai asas dalam setiap pekerjaan dan tindakan.

Juga dikenali sebagai penceramah bebas, Hafez juga meminta agar syarikat penyiaran di Malaysia memberi penekanan kepada aspek maklumat yang ingin disampaikan dan tidak hanya memfokuskan kepada matlamat berhibur semata-mata.

Status yang dimuat naik semalam itu telah menerima lebih 22 ribu likes dan lebih 9 ribu perkongsian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997