Seorang remaja lelaki yang dirakam mengintai seorang gadis sambil melakukan onani di belakang sebuah rumah di Pandan Indah, Sabtu lalu, kini ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata remaja yang juga jiran gadis berkenaan berjaya ditahan kira-kira 10.30 malam Isnin.
Hasil soal siasat ke atas pelajar kolej berusia 19 tahun itu, dia mengakui melakukan perbuatan itu.
Tanpa disedari, aksinya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam keadaan berbogel, telah dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sedia dipasang di rumah mangsa yang diintainya.
Lebih malang, rakaman itu kemudiannya telah dimuat naik ke laman sosial.
Khairuldin berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu perbuatan melakukan kelucahan melampau.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, suspek dilihat mengintai gadis berkenaan melalui tingkap belakang rumah mangsa.