Jalan utama di pusat bandar raya ini ‘lumpuh’ mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas ekoran banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira jam 11 pagi tadi.
Hanya dalam tempoh kira-kira sejam kemudian, Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan.
Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.