Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Gambaran Rupa Dan Bentuk Jin Yang Perlu Anda Ketahui

$
0
0

Pada dasarnya bentuk rupa Jin tidak banyak berbeza dari bentuk rupa manusia, iaitu mereka memiliki jenis kelamin, memiliki hidung, mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sebagaimana yang dimiliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Hanya perbezaan fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus dari manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang tinggi dan bermacam-macam warnanya, iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin kafir dan Jin Islam yang fasik memiliki rupa yang buruk dan menakutkan. Sedangkan Jin Islam yang soleh memiliki paras yang elok.

Menurut beberapa pendapat, tinggi Jin yang sebenarnya adalah sekitar 3 hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang sehinggai beribu-ribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak melebihi kecepatan cahaya dalam suatu waktu. Disebabkan Jin terdiri dari mahkluk yang halus dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil juga boleh diduduki oleh jutaan Jin dan juga dapat merasuki dan menghuni tubuh manusia.

Jumlah Jin terlalu banyak sehingga menurut beberapa pendapat mengatakan bahawa jika jumlah semua manusia dari Nabi Adam sehingga hari kiamat dikalikan dengan haiwan-haiwan, dikalikan dengan batu-batu, dikalikan dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan, itu pun hanya satu per sepuluh dari jumlah Jin.

Sedangkan jumlah Jin adalah satu per sepuluh dari jumlah Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya saja yang mengetahuinya.

Alam tempat berdiamnya Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam yang terletak di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika kita diberikan oleh Allah kemampuan untuk melihat Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, kerana sangat banyaknya jumlah mereka.

Oleh sebab itu orang tua kita selalu berpesan agar anak-anaknya segera kembali ke rumah apabila tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah harus ditutup, agar tidak dimasuki oleh syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Rasulullah: “Bila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka
tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya) “

Hadith di atas bererti bahawa Jin dan syaitan tidur di waktu siang dan menjelang petang mereka keluar untuk mencari rezeki dan makanan, baik lelaki mahupun perempuan, baik yang dewasa atau anak-anak.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997