PengasasFacebook, Mark Zuckerberg berjanji laman sosial berkenaan akan terus mengalu-alukan kehadiran pengguna beragama Islam.
Dalam satu kemaskini status, Zuckerberg yang beragama Yahudi berkata dia tidak akan sekali-kali membenarkan organisasi pimpinannya itu ‘terjebak’ dalam krisis yang timbul antara masyarakat Barat dan Islam.
I want to add my voice in support of Muslims in our community and around the world.After the Paris attacks and hate…
Posted by Mark Zuckerberg on Wednesday, December 9, 2015
Zuckerberg juga memberi jaminan bahawa Facebook akan sentiasa menjaga hak pengguna laman sosial paling popular itu, di samping akan terus memastikan suasana harmoni di kalangan pengguna dan aplikasi yang diperkenalkan Facebook juga tidak akan menyinggung mana-mana penganut agama dan kaum.
Biarpun tidak menyebut mana-mana nama, status yang dimuat naik Zuckerberg itu dianggap seolah-olah satu bentuk jawapan dan sindiran kepada calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mencadangkan agar umat Islam dihalang daripada memasuki negara tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, Zuckerberg yang baharu sahaja bergelar bapa nampaknya sedang menikmati saat-saat indah itu. Ia jelas dapat dilihat melalui satu foto yang dikongsi di Facebook, yang memperlihatkan Zuckerberg berbaring di sebelah anak perempuannya, Max.
Full of joy with little Max.
Posted by Mark Zuckerberg on Tuesday, December 8, 2015
Max dilahirkan awal Disember lalu, dan serentak dengan kelahirannya, Zuckerberg dan isterinya mengumumkan menyumbang saham mereka sebanyak 99 peratus yang kini bernilai kira-kira RM190 bilion (US$45 bilion).
Sumbangan itu adalah bertujuan menangani penyakit, membaik pulih sistem pendidikan dan membina masyarakat yang lebih berkualiti.