Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Sayu, Dua Beranak Ini Hanya Mampu Beli Nasi Putih & Air Kosong Sahaja

$
0
0

Walaupun Malaysia dianggap negara yang sudah maju sebenarnya masih ada rakyat yang dalam kedaifan. Tidak kira di pendalaman mahupun di bandar.

Kalau di Bandar kebanyakkan mereka menjadi gelandangan. Ada yang tidur tepi jalan, ada yang hanya makan apa yang mereka temui sahaja. Agaknya bagaimana mereka mandi.

Sekiranya anda berjalan atau terserempak dengan mereka yang dalam kesusahan, bantulah semampu yang boleh. Tetapi tengok juga kerana kadang-kadang ada yang mengambil kesempatan.

Ini kisah Amirul Adeeb yang terserempak dengan dua-beranak yang dalam kesusahan. Seorang yang cacat penglihatan bersama anak perempuan sedang menikmati makanan tetapi hanya nasi putih dengan air kosong sahaja.

Kita yang selalu fikir makan tidak enak, sebenarnya masih ada yang hanya makan sebegitu sahaja.

Amirul tidak berfikir panjang untuk membantu pakcik dan anaknya. Walaupun tidak banyak yang dihulurkan tetapi sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu pakcik itu.

Menurut Amirul, pakcik ini sentiasa berada di kawasan Masjid India. Mana tahu ada yang mahu membantu. Harapnya dengan kisah yang dikongsikan ini dapat membantu pakcik tersebut.

Sumber FB Amirul Adeeb.

Assalammualaikun semua. Sebak rasa hati aku bila tengok pakcik ni dengan anak beliau cuma makan nasi putih dengan air…

Posted by Amirul Adeeb Afandy on Tuesday, January 26, 2016


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997