Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Mukhriz Memang Patut Kena Buang, Sindir Nazri Aziz

$
0
0

Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak.

Dalam kenyataan kepada Free Malaysia Today, Nazri berkata Mukhriz tidak menjadi Menteri Besar secara individu sebagaimana Barack Obama bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya nak tanya dia, sejak bila dia bertanding atas nama peribadi. Sistem di sini bukan sistem macam Amerika, Barack Obama bertanding atas nama sendiri. Mana ada kajian tunjuk dia ada sokongan rakyat atas diri sendiri.

“Janganlah perasan sangat,” kata Nazri kepada Mukhriz.

Mukhriz pagi tadi meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan turut mengutuk sindiran sinis Mukhriz kepada penggantinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah agar “tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB” esok.

“Saya fikir ia berniat jahat, peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakan.

“Dia (Mukhriz) memang patut kena buang, tak mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya.

Nazri turut menyatakan UMNO tiada masalah dengan janji Mukhriz bahawa beliau akan terus bersuara terhadap parti Melayu itu walaupun tiada lagi jawatan.

“Masa dia (Mukhriz) pegang jawatan Menteri Besar kita bagi bersuara, tak terjejas pun. Masa dia pegang jawatan pun dia komen macam-macam kita tak terkesan, apalah lagi bila dia tak pegang apa apa,” kata beliau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997