Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ejen Pelacuran Tawar Farahdhiya ‘Job’ Dengan Bayaran Lumayan

$
0
0

Penyanyi Farahdhiya, 32, mendedahkan telah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengacara Ally Iskandar dengan menawarkan pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadis Peneman (Escort Girl).

Memetik laporan mStar online, Farah berkata, dia nyaris terpedaya kerana pada awalnya individu yang menyamar itu menawarkan kerja sebagai pengacara sebuah program televisyen.

“Tiga bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama, saya memberikan nombor telefon peribadi.

“Dia kemudian menghantar mesej di WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerja hosting. Pada mulanya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu,” kongsinya.

Farah mendedahkan perkara tersebut bersama beberapa foto perbualannya dengan individu itu di laman Instagram miliknya pada malam Rabu.

Individu tersebut kemudiannya mula menawarkan pekerjaan tambahan lain dengan bayaran ratusan ribu ringgit di luar negara.

Dia juga ditawarkan menjadi duta sebuah produk yang tidak dinyatakan, selain perlu menemani seorang VIP bercuti keluar negara.

“Ally palsu itu menawarkan extra job selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan.

“Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan tidak,” ujarnya.

Farah berkata, dia sudah menghubungi Ally Iskandar mengenai hal itu dan dia memberitahu orang lain juga turut terpedaya dengan penyamaran tersebut.

Dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan agar menerima tindakan sewajarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997