Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Diberhentikan MAS, Lelaki Ini Jadi Pengusaha Trak Makanan

$
0
0

Ketika rakyat Malaysia bersuka-ria meraikan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu, Azman Ismail, 51, dikejutkan dengan berita buruk.

Beliau mendapat notis pemberhentian kerja setelah 27 tahun berkhidmat di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Enam bulan kemudian, bekas pegawai kanan perancang kerja MAS ini akhirnya menjadi pengusaha trak makanan.

Baru mula beroperasi dua hari lalu, Azman berdebar menanti ketibaan pelanggannya di KL Food Truck Feast, di Dataran Merdeka, di sini. Festival KL Food Truck Feast ini berlangsung pada Sabtu dan Ahad dari 6.30 pagi dan 12 tengah hari.

“Hari ini adalah first event saya. Van ini saya dapat sebulan lepas dan kita ada buat pengubahsuaian yang dibantu oleh bapa mertua saya iaitu bekas kakitangan MAS di bahagian teknikal, ground teknikal.”

“Kalau nak kirakan semua keluarga saya kakitangan MAS. Daripada bapa mertua saya, isteri saya, kakak mertua, abang mertua, sepupu dan saudara mara saya semua kakitangan MAS. Yang sedihnya, itu lah semua kena keluar dari MAS,” katanya.

Bagi kebanyakan individu, tindakan pemberhentian kerja mungkin detik paling hitam dalam sejarah hidup mereka. Namun Azman memilih untuk melihat dari kaca mata positif.

Berbekalkan semangat untuk terus berjuang untuk keluarganya, Azman tekad meneruskan kehidupan.

Namun realitinya, perjalanan itu bukan mudah.

Dalam tempoh enam bulan selepas diberhentikan kerja, Azman terus beriktihar untuk menyara isteri dan empat orang anaknya itu.

“Selama enam bulan itu, saya pergi dari pelan A ke pelan B ke pelan C. Mula-mula, pelan A, saya pergi mencari kerja.

Daripada 10 temuduga kerja yang saya pergi, tidak ada satu pun yang menerima saya. Mungkin sebab faktor usia, saya fikir tak apalah, saya redha saja.”

“Saya usaha lagi pelan B. Pelan B saya ialah perniagaan trak makanan. Dalam pada itu, saya memohon macam-macam pinjaman, minta itu, ini, semua saya buat, pun sampat tak dapat. Saya hampir mengalah dan mencuba pula pelan C. Pelan C, saya pergi ke New Zealand kononnya nak bekerja sebagai penyembelih.

“Saya pergi ke semua kilang di South Island, New Zealand untuk ‘mencampak’ resume saya. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya, selama tiga minggu saya di sana, saya tidak mendapat apa-apa hasil kerana masalah di New Zealand adalah sukar mendapat permit kerja. Jadi saya sambung balik pelan B,” katanya.

Setelah semua pilihannya gagal, Azman tidak berputus asa dan cuba semula mengusahakan trak makanan ini.

Terpaksa berhutang dan membuat pelbagai pinjaman, akhirnya perniagaan ini memulakan operasi khamis lalu.

Nama Kocai Delicious diberi sempena anak lelakinya, Khusairi yang juga chef trak makanan ini.

Bagi kebanyakan individu, tindakan pemberhentian kerja mungkin detik paling hitam dalam sejarah hidup mereka.

Namun Azman memilih untuk melihat dari kaca mata positif.

“Tidak semestinya hanya MAS boleh bagi kita makan mungkin ada hikmah di sebalik kenapa kita dibuang. Mungkin Tuhan tak nak kita terus dalam satu syarikat yang kita tidak tahu nasibnya macam mana. Jadi kita beralih kepada perusahaan trak makanan.”

Lama kelamaan, Azman mula sedar bahawa inilah bidang yang memberikannya kepuasan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

“Saya rasa perniagaan ini adalah pekerjaan yang betul-betul bagi kita rasa puas lah. Penat itu memang berbaloi berbanding kita kerja dulu dari pukul 8 pagi hingga 9 malam ataupun ‘over time’, masa itu kita penat tetapi kita tidak dapat apa-apa, duit makin kurang. Tetapi apabila berniaga, duit itu, Alhamdulillah, ada rezeki, Insyallah,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997