Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Bidan Sambut Kelahiran Najib Luah Rasa Bangga

$
0
0

Puteh Hassan, 91, yang merupakan seorang bidan dan pernah bertugas di Hospital Kuala Lipis melahirkan rasa bangga kerana bayi yang pernah disambut kelahirannya pada 23 Julai 1953 rupa-rupanya adalah `orang besar’ yang kini menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu diceritakan oleh anak sulung Puteh, Fatimah Hassan, 68, seperti dilapor Bernama.
Menurut Fatimah, ibunya telah berulang alik ke rumah Tun Razak selama hampir sebulan bagi melakukan tugasannya sebagai bidan.

“Emak dipanggil untuk menggantikan bidan lain yang diberikan tugas itu. Waktu itu, tidak ramai bidan Melayu di sini. Jadi emak akan ke rumah Tun Abdul Razak pada waktu pagi,” katanya.

Selain Najib, Puteh juga pernah menjaga Permaisuri Pahang Tengku Ampuan Afzan berpantang selepas melahirkan puteri bongsunya Tengku Shahariah di Istana Hinggap Lipis, yang terletak bersebelahan rumah kelahiran Najib.

“Dahulu orang besar tidak ke hospital untuk bersalin. Bidan yang dipanggil ke rumah… yang menyambut kelahiran Najib, mengikut cerita emak, adalah seorang bidan senior dan dibantu bidan Timah. Tapi mereka sudah meninggal dunia,” katanya.

Fatimah berkata, semasa Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 1982, emaknya cukup berbangga kerana ‘MB’ (menteri besar) itu pernah dibelainya semasa kecil.

“Ramai juga bayi yang emak sambut semasa kelahiran, berjaya dalam hidup. Ada yang jadi jurutera, ahli perniagaan. Mereka pernah terserempak dan bersalaman dengan emak semasa pulang ke Lipis. Tapi yang paling berjaya sudah pasti Perdana Menteri,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997