Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Pelajaran Anak Terjejas Ketika Saya Bercerai’– Nurul Wahab

$
0
0

nurulSiapa sangka rumah tangga yang dibina antara penyanyi Nurul Wahab dan komposer Ajai hancur pada tahun 2007. Namun kini keduanya sudah menjalani kehidupan masing-masing.

Berkongsi kisah lalu, Nurul memberitahu kes penceraian tersebut memberi kesan kepada pelajaran anaknya Ayu Nadirah Mohd Faizal, 17, yang dikatakan pernah merosot.

Menurut Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab berkata, anak sulungnya itu turut terkesan dengan kegagalan rumah tangga yang dibina itu sehingga tidak dapat memberi perhatian terhadap pelajaran. Meskipun begitu langkah diambil dengan mencari jalan untuk mengembalikan tumpuan Ayu terhadap pelajaran.

“Saya akui keluarga yang bercerai sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak, begitu juga Ayu yang mana sekitar dua tahun perpisahan kami pelajarannya terjejas teruk.

“Bagaimanapun, saya dan Ajai cari punca dan jalan untuk dia kembali fokus dengan pelajaran sehingga dia kembali semula seperti biasa,” ujar Nurul.

Nurul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pencapaian anaknya Ayu Nadirah yang memperoleh 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang diumumkan pada Khamis lalu.

Dalam pada itu Nurul berkata, sebagai ibu dia berasa gembira dan berbangga dengan kejayaan yang dicapai anaknya itu.

Tambahnya, Ayu juga bertuah mendapat sokongan dan galakan daripada dua buah keluarga.

“Dia bertuah kerana ada ramai yang ambil berat tentang pelajarannya. Saya dan suami hanya beri nasihat dari segi psikologi sahaja supaya dia lakukan terbaik,” ujarnya.

Untuk info, Nurul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Pelajaran Anak Merosot Ketika Kami Bercerai – Nourul Wahab

Selepas itu, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

The post ‘Pelajaran Anak Terjejas Ketika Saya Bercerai’ – Nurul Wahab appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997