Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Usul Undi Tak Percaya Tidak Boleh Dibuat Secara ‘Serang Hendap’– Pandikar Amin

$
0
0

pandikarDatuk Seri Ahmad Said didakwa cuba membuat ‘serangan hendap’ terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman apabila membuat usul undi tidak percaya, semalam.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan Ahmad itu jelas bertentangan dengan amalan sistem demokrasi negara ini, apabila lansung tidak memberi notis untuk membawa usul kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini satu insiden yang menjadi liputan media massa beberapa hari ini ialah usul undi tidak percaya di Terengganu yang saya tidak pernah terfikir bahawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh dibuat dalam negara demokrasi moden seperti ini yang tidak memberi notis untuk dbuat oleh Yang Berhormat.

“Beliau (Ahmad Said) cuma berdiri lepas itu bawa usul undi tidak percaya seolah-oleh itu perang hendap beliau (terhadap MB). Dalam demokrasi tidak ada tipu menipu ini semua mesti secara telus dan perlu notis,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Menara SPR di sini hari ini.

DUN Terengganu semalam dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.

ADUN Kijal itu mengemukakan alasan bahawa terdapat konspirasi untuk memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.

The post Usul Undi Tak Percaya Tidak Boleh Dibuat Secara ‘Serang Hendap’ – Pandikar Amin appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997