Pihak Kanada telah menerima suaka seorang pelajar gay dan ateis dari Malaysia di Universiti Winnipeg selepas beliau dilaporkan menerima ugutan daripada rakyat di tanah airnya sendiri.
Menurut laporan portal berita Kanada CBC News, peguam Bashir Khan menjelaskan bahawa panel Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada di sini semalam telah mengisytiharkan bahawa Hazim Ismail “dilindungi” dan tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia.
“Saya cuba untuk berjuang demi untuk hidup kerana Malaysia tidak menerima golongan homoseksual,” kata Hazim.
Bashir berkata anak guamnya akan menerima status pelarian hitam putih daripada panel tersebut dalam masa tiga hingga enam minggu.
Selepas itu, beliau boleh memohon status pemastatutin tetap di Kanada, satu proses yang akan mengambil masa 10 hingga 13 bulan.
Konsep homoseks dan murtad merupakan topik kontroversi di antara umat Islam yang memegang majoriti di Malaysia, manakala penguasa agama pula terus menindas golongan LGBT.
The post Diancam Di Malaysia, Pelajar Gay Ateis Temui ‘Rumah Baharu’ Di Kanada appeared first on WOWBERITA.ORG.