Nama ‘Nuan Nuan’ yang membawa maksud ramah mesra diberikan kepada anak pasangan Giant Panda Liang Liang dan Xiang Xiang yang dilahirkan pada 18 Ogos tahun lalu.
Pengumuman itu dibuat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, hari ini.
Nama berkenaan dicadangkan Oh Teik Keng dari Teluk Intan, Perak yang turut diumumkan sebagai pemenang utama Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda dengan membawa pulang Perodua Myvi.
Menurut Wan Junaidi, 22,830 penyertaan diterima dalam pertandingan yang dibuka mulai 17 November hingga 17 Disember tahun lalu.
Beliau berkata, proses pemilihan nama melalui beberapa sesi yang mengambil masa hampir tiga bulan oleh juri khas dan profesional yang dilantik.
Katanya, nama itu sudah disahkan Chinese Wildlife Conservation Association (CWCA) dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Mac lalu.
The post ‘Nuan Nuan’ Dipilih Sebagai Nama Anak Panda Gergasi appeared first on WOWBERITA.ORG.