Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Video) Dilarang Masuk Sarawak, Ini Respon Jamal Yunos

$
0
0

Datuk Jamal Md. Yunos yang dihalang memasuki Sarawak pagi tadi, mengecam pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai mengamalkan double standard kerana membenarkan NGO pembangkang memasuki negeri itu.

Ekoran itu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia mempersoalkan tujuan Adenan Satem berbuat demikian.

“Saya adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,” tegas Jamal, “kalau kami NGO pro-kerajaan tidak boleh masuk Sarawak, jadi bagaimana NGO-NGO daripada pembangkang yang kami lihat berduyun-duyun masuk Sarawak?”

“Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri Sarawak minta sebab (mengapa kami dihalang) dan akan merayu untuk kami kembali ke Sarawak di waktu yang akan datang,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Bersamanya ialah tiga rakan yang turut disekat daripada memasuki Sarawak. Beliau dihalang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 11,30 pagi tadi dan diarah untuk dihantar pulang ke Semananjung pada kadar segera.

Jamal membantah layanan pentadbiran Adenan keatas beliau dan rakan-rakannya yang seolah memukal mereka bersekali dengan pembangkang.

“Untuk disamakan sebagai pembangkang tu saya tak bersetuju lah,” kata Jamal, yang berasa kecewa dan sedih dengan sekatan ini, “apakah kesalahan kami kepada Ketua Menteri Sarawak?”

“Kalau kami yang pro-kerajaan lebih-lebih saya selaku pemimpin politik tak dibenarkan masuk Sarawak, kita minta kerajaan Sarawak juga sekat pemimpin atau NGO-NGO pembangkang yang kita tahu mereka ini selalu buat provokasi, fitnah, berbohong dan berdusta.”

“Pihak kerajaan negeri Sarawak tidak boleh ‘double standard’,” tegasnya.

Jamal turut ditanya samada beliau akan menunjuk perasaan di Jabatan Imigresen sebagai tanda protes.

“Jauh sekali, tidak. Kami berbeza dengan pembangkang yang semua sedia tahu sikap pembohongnya. Kami bukan pembohong, malah tiada satu rekod yang mengatakan kami ini pembohong,” katanya.

The post (Video) Dilarang Masuk Sarawak, Ini Respon Jamal Yunos appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997