Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Kita Dah Ada Ulama Sendiri, Kenapa Perlu Jemput Dr Zakir?’– Menteri

$
0
0

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan keperluan untuk menjemput pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik untuk memberi ceramah di negara ini.

Tegasnya, Malaysia mempunyai ulama atau ahli agama tersendiri untuk dijadikan rujukan rakyat.

Tambah Nazri, walaupun mereka yang menghadiri ceramah Dr Zakir menggambarkan ia sebagai sederhana, adalah tidak menghairankan jika penganut agama lain merasakan perkara yang berbeza.

Akui Nazri, isu yang dikaitkan dengan Dr Zakir ialah mengenai persepsi dan menurutnya persepsi berkenaan adalah berdasarkan kepada apa yang dilakukannya pada masa lalu terutamanya ketika beliau bercakap tentang agama-agama lain.

“Saya fikir jika anda mahu bercakap tentang agama, maka hanya bercakap tentang anda sendiri.

“Semasa membuat perbandingan antara agama, anda terikat untuk membuat kesimpulan bahawa agama anda adalah lebih baik,” kata Nazri seperti yang dipetik dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita.

Nazri berkata umat Islam di Malaysia “tidak perlu diberitahu bahawa mereka berada di landasan yang betul” kerana rakyat Malaysia sudah lama terdedah dengan Islam.

Kata Nazri lagi ia bukan satu persoalan mengenai kebebasan bersuara, tetapi bagi memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah akibat seseorang yang tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia.

Nazri berkata, Dr Zakir memberikan ucapannya dan beliau akan meninggalkan negara ini.

Namun rakyat Malaysia akan ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin beliau lakukan.

Dr Zakir mencetuskan kontroversi selepas beliau dijemput untuk bercakap di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan topik ‘persamaan antara agama Hindu dan Islam’.

The post ‘Kita Dah Ada Ulama Sendiri, Kenapa Perlu Jemput Dr Zakir?’ – Menteri appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997