Pelajar sekolah menengah di Perak yang putus tangan kanan setelah disedut mesin pam air, kini dalam keadaan stabil namun masih tidak dapat mengingati kejadian malang yang menimpanya, Isnin lalu.
BACA: Pelajar Tingkatan 2 Putus Tangan Disedut Pam Angin
Mohamad Syafiq Mohd Rosdi, 14, yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa, telah menjalani rawatan susulan melibatkan luka di bahagian tangan yang putus, dan bakal dihantar semula ke Hospital Taiping, hari ini.
Ibu mangsa, Rozarita Mat Jom, 35, berkata, ketika dibawa ke HKL, anak keduanya yang membahasakan diri sebagai ‘abang’ itu dalam keadaan sedar namun mengadu sakit.
“Dia masih tidak sedar tangan kanannya sudah tiada. Dia sedar keadaanya cedera teruk, tangan dan kaki kiri patah. Dia tanya, kenapa dia jadi begitu. ‘Abang kemalangan ke?’ ‘Siapa buat abang jadi macam ni?’.
“Namun keadaanya semakin baik dan emosinya agak terkawal hari ini. Dia juga ada selera makan. Menurut laporan doktor, kecederaan mata dan kepalanya juga tiada apa yang membimbangkan,”katanya.
The post ‘Abang Belum Tahu Tangannya Sudah Tiada’ appeared first on WOWBERITA.ORG.