“Ibu mana yang tidak sedih dan risau apabila anaknya hilang tanpa dapat dikesan dan kini hanya doa sebagai penguat semangat saya dan keluarga,” kata Rahmah Abdullah, 76.
Rahmah ialah ibu kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad,56, yang berada dalam helikopter yang hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, semalam.
BACA: Serpihan Pintu & Dinding Helikopter Ditemui Di Sungai Batang Lupar
BACA: Najib Sahkan Penemuan Serpihan Helikopter
BACA: Mayat Wanita Ditemui Dekat Serpihan Helikopter
Dalam nada sedih, Rahmah berkata, dia terkejut apabila menerima berita itu semalam daripada anak bongsunya dan sehingga kini tidak henti-henti mendoakan keselamatan anaknya itu.
“Walaupun saya sedih dan risau namun saya masih mengharapkan anak saya selamat dan berharap semua mendoakan supaya mereka selamat.
“Dia (Datuk Wan Mohammad Khair-il) adalah anak yang baik dan seorang yang terlalu minat politik sehingga seluruh jiwanya diserahkan dalam politik,” katanya yang ditemui di rumahnya selepas mendengar sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
The post Nahas Helikopter: ‘Mak Cik Hanya Mampu Berdoa’ – Ibu Mangsa appeared first on WOWBERITA.ORG.