Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kes Dera: Empat Beranak Dituduh Bunuh Gadis

$
0
0

Empat beranak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh gadis berusia 22 tahun di Taman Binjai 5, Geliga, di sini, pada 26 April lalu.

Tertuduh, Anwar Jusoh, 49, dan isteri Murni Ahmad, 35, serta dua anak, Siti Sarah Anwar, 21, dan anak lelaki berusia 14 tahun dituduh membunuh Siti Hajar Anwar yang juga anak kandung kepada Anwar.

BACA: Sadis! Faraj & Dubur Turut Ditusuk, Mangsa Dera Dibiarkan Mati Kebulur

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Syazwani Zawawi dihadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh keempat-empat tertuduh.

Hakim menetapkan tarikh 13 Jun depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen di sini sementara menunggu keputusan ujian kimia dan gigi.

Harian Metro pada 3 Mei lalu melaporkan mengenai rahsia penderaan terhadap gadis berusia 22 tahun itu dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapa gadis itu pada 26 April lalu.

Pada mulanya, gadis berkenaan dikhabarkan mengalami sakit biasa, tetapi kesan gigitan di badan selain lebam di mata membongkar tindakan sadis dipercayai dilakukan ahli keluarganya sendiri.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal gadis berkenaan terlalu kurus seperti kebuluran tidak cukup makan menyebabkan empat beranak itu ditahan di rumah keluarga berkenaan pada 1.50 pagi, 1 Mei lalu.

The post Kes Dera: Empat Beranak Dituduh Bunuh Gadis appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997