Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Saya Bergurau Saja Suruh Guru Berlatih Tepuk Tangan’– MB Terengganu

$
0
0

Arahan meminta guru-guru mengadakan latihan tepuk tangan seperti diperkatakan di media sosial hanyalah “satu gurauan”, kata, Menteri Besar.

Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.

“Tidak payah panjangkan kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru.

“Kebanyakan cikgu-cikgu khususnya di Terengganu adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini,” katanya, yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Sejak petang semalam tersebar di media sosial yang mendakwa guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

BACA: Kerana Malukan MB Terengganu, Semua Guru Diarah Belajar Tepuk Tangan

Ia turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar latihan telah dijalankan.

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan Menteri Besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di majlis-majlis rasmi kerajaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997