Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tuntut RM80 juta untuk landskap rumah rasmi PM, TPM tapi…

$
0
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan mengenai sebuah syarikat kontraktor landskap yang telah membuat tuntutan palsu terhadap beberapa projek landskap bernilai lebih RM80 juta di Putrajaya, lapor Astro Awani.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menerima laporan berkaitan dakwaan terbabit dan kertas siasatan telah dibuka.

Katanya, projek-projek terbabit meliputi projek landskap di kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta premis-premis kerajaan di sekitar Putrajaya.

“Syarikat tersebut dikatakan tidak menyelenggara dan melakukan kerja dengan sempurna, namun membuat tuntutan penuh berkaitan projek tersebut.

“Malah maklumat juga mendapati syarikat berkenaan tidak ada kapasiti kerana tidak memiliki tapak untuk menanam bunga bagi landskap tersebut,” katanya.

Katanya, syarikat tersebut telah dianugerahkan kontrak-kontrak terbabit antara 2016 hingga 2017 untuk menyelenggara dan membekal pekerja-pekerja berkaitan.

Katanya lagi, SPRM telah pun merampas beberapa dokumen berkaitan di pejabat syarikat itu pada Rabu.

“Syarikat itu juga didakwa tidak menyediakan pekerja secukupnya bagi menyelenggara projek-projek itu namun mengemukakan tuntutan dengan jumlah melebihi bilangan sebenar perkerja yang dibekalkan,” katanya lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997