Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Harga tomato turun, Annuar sangkal kenyataan Zahid

$
0
0

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) membantah kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut harga tomato sahaja turun.

Sebaliknya Annuar berkata , pelbagai barangan lain turut mengalami penurunan sejak GST pada kadar sifar.

“Saya minta maaf Bagan Datuk saya tak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat yang menyebut hanya harga tomato turun.

“Sebab harga saham, getah, sawit, ringgit Malaysia pun turun,” katanya yang mengundang sorakan wakil rakyat BN.

Sementara Datuk Hamzah Zainuddin (BN-Larut) mendakwa kerajaan hari ini tidak memahami konsep penawaran dan permintaan.

“Kalau dulu barang-barang ada GST sekarang tak ada lagi GST sepatutnya turun harga seperti didakwa kerajaan sekarang tapi tak turun juga.

“Barang yang tak kena GST dikatakan turun. Ini bermakna ada konsep penawaran dan permintaan yang mereka tak faham. Banyak barang-barang dulu kita import. Ringgit kita rendah maka kita import harga tinggi.

“Dulu boleh salahkan Perdana Menteri (ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak), adakah hari ini juga boleh salahkan PM (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebab nilai ringgit rendah?,” tanyanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997