Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Bayi 10 bulan koma dipercayai jatuh dari buaian di rumah pengasuh

$
0
0

TANGKAK: “Assalamualaikum minta jasa baik rakan rakan doakan anak saya dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat menerusi muat naik dalam laman Facebook jam 10.43 malam Selasa lalu.

Eyka berkata, mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.

“Jasa dan doa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat. Naufal nyawa ummi,” katanya.

Terdahulu menerusi muat naik di akaun sama pada 4.47 petang semalam, Eyka mengesahkan tempurung kepala anak tunggalnya itu retak, tisunya bengkak dan pendarahan termasuk di selaput mata.

“Allah sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.

Sementara itu menurut sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan, keluarga mangsa reda dengan ketentuan takdir selepas doktor mengesahkan jika hayat bayi itu panjang, keadaan kesihatannya terganggu.

Katanya, cubaan keluarga untuk mendapatkan kerjasama pengasuh termasuk mengetahui punca kejadian bagaimanapun sukar selepas enggan memberikan kerjasama sebelum ditahan polis.

“Pada mulanya pengasuh memberi alasan Naufal tersedak semasa memberi makan dan selepas itu apabila ditanya adakah Naufal jatuh, pengasuh mengatakan bayi itu jatuh daripada buaian,” katanya.

Terdahulu, polis menahan reman seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun susulan kes seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan lebam di dahi kiri, pendarahan di mata dan retak tempurung kepala selepas dirujuk ke Hospital Tangkak, di sini, Selasa lalu.

Wanita itu ditahan kira-kira jam 12.15 awal pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997