Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Pengasuh kata mata Naufal terbeliak’– Bapa

$
0
0

“PENGASUH kata anak saya rebah selepas diberikan bubur yang isteri (Nuraziqah Rohmat, 22) bekalkan,” kata Nabil Fikri Anwar, 28.

Menurutnya, sebelum kejadian, anaknya Naufal Amsyar, 10 bulan, kerap merengek dan enggan dilepaskan apabila didukung menyebabkannya tidak sedap hati.

“Saya tak menyalahkan pengasuh berkenaan dan reda dengan kejadian ini namun hanya mahu tahu cerita sebenar apa yang berlaku.

“Pengasuh berkata mata Nawfal terbeliak dan tiada tindak balas. Pada mulanya, dia mengesyaki Nawfal tercekik ketika makan.

“Namun, kami hanya tahu Nawfal jatuh dua kali dari buaian selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dia mengetahui kejadian menimpa anak tunggalnya itu pada Selasa petang selepas isterinya dihubungi pengasuh yang memberitahu Nawfal kritikal di unit kecemasan Hospital Tangkak.

Nabil Fikri berkata, dia tidak mengenali rapat wanita itu dan mengupahnya sebagai pengasuh selepas isterinya bertanyakan perihal berkenaan di Facebook.

Dia yang bertugas sebagai pembantu penguat kuasa memohon orang ramai tidak membuat tuduhan melulu berikutan kes masih dalam siasatan polis.

Dalam kejadian itu, pengasuh wanita itu ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes bayi lelaki berusia 10 bulan lebam di dahi kiri, pendarahan di mata dan retak tempurung kepala.

Bayi terbabit dijaga wanita itu pada 28 hingga 30 Jun lalu dan dari 2 hingga 17 Julai lalu antara jam 8 pagi hingga 6 petang.

Setiap Ahad mangsa dijaga ibunya, manakala Jumaat dan Sabtu dijaga bapa mangsa.

Ibu bapa mangsa menyedari anak mereka kerap menangis dan susah tidur mulai 10 Julai lalu sebelum pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh dari buaian sepanjang di bawah jagaannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997