Video rakaman yang diambil dari CCTV di dalam lif, yang memaparkan seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki di hadapan dua kanak-kanak, telah tersebar dan mendapat kecaman ramai.
Mereka dipercayai pasangan suami isteri.
Video berkenaan telah mendapat kecaman ramai selepas wanita itu dibelasah oleh lelaki terbabit tanpa belas ihsan.
Dia dipukul dengan kuat dan turut ditendang keluar daripada lif.
Sementara dua kanak-kanak itu pula kelihatan takut dan cuba membantu wanita tersebut, namun mereka ditarik masuk ke dalam lif oleh lelaki berkenaan.
Selain kecaman, ramai yang meminta wanita itu membuat laporan polis.
Ia sebagai tanda simpati terhadap wanita tersebut, mereka juga berasa jengkel dengan perbuatan lelaki berkenaan.
Biarpun apa jua kesalahan yang dilakukan oleh wanita itu, dia tidak sepatutnya mendapat layanan seburuk itu kerana lelaki sepatutnya melindungi wanita, bukan mencederakan mereka.