Wanita bertukar menjadi lelaki selepas mengambil steroid. Itu yang dialami oleh untuk Candice Armstrong, 28, selepas mendapati bentuk fizikalnya berubah kerana pengambilan dadah tersebut.
Dia yang terlibat dalam sukan bina badan itu, asalnya adalah seorang wanita berambut perang yang menawan.
Namun kini badannya menjadi sasa, seolah-olah badan Arnold Schwarzenegger, manakala dada, belakang badan dan mulutnya ditumbuhi bulu.
Selain itu, apa yang mengejutkan penis kecil juga mulai tumbuh, menjadikan dia seperti lelaki.
“Saya kehilangan semua bentuk badan wanita dan memiliki bentuk badan yang maskulin.
“Suara saya juga berubah seperti lelaki.
“Jika saya mahu menghilangkan semua ini, maka saya terpaksa melaui semula prosedur untuk menjadi seorang wanita semula,’’ katanya.
Justeru dia enggan mengubahnya, sebaliknya terus membiarkan keadaan itu berlaku.
Candice memberitahu, keadaan itu berlaku bukan seperti yang diharapkan langsung.
“Ia bukan seperti yang saya harapkan. Memang saya mahu tangan yang berotot dan bahu yang bidang, namun saya tidak pernah berharap untuk bertukar menjadi lelaki,’’ katanya.