Kualiti udara di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia pada Isnin mula terjejas terutamanya di Selangor berdasarkan cerapan data yang diperolehi dari stesen pengawasan kualiti udara dan direkodkan di laman rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia (APIMs).
Di Selangor, kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berstatus “Tidak Sihat” adalah di Pelabuhan Klang dengan bacaan IPU 117 manakala di Perak, kawasan Seri Manjung mencatat bacaan IPU 102 masing-masing bacaan yang direkodkan setakat jam 2 petang Isnin.
Lain-lain kawasan di Malaysia masing-masing mencatat bacaan IPU “Baik dan “Sederhana” setakat ini.
Petunjuk
API | Status |
0-50 | Baik / Good |
51-100 | Sederhana / Moderate |
100-200 | Tidak Sihat / Unhealthy |
200-300 | Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy |
>300 | Berbahaya / Hazardous |
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan kualiti udara (per jam) di kawasan masing-masing dengan melayari laman web APIMS mengikut di pautan yang disertakan.
- Julat Masa IPU 12.00AM – 5.00AM
- Julat Masa IPU 6.00 AM – 11.00AM
- Julat Masa IPU 12.00PM – 5.00PM
- Julat Masa IPU 6.00PM – 11.00PM
Selain itu info berkaitan boleh didapati dengan melayari Facebook Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia.