Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Hasan mohon maaf, tarik balik kritikan Negara Berkebajikan

$
0
0

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memohon maaf kepada pimpinan tertinggi dan ahli Pas serta menarik balik komen beliau, berhubung isu Negara Berkebajikan itu. Menurutnya, sebagai ahli Pas dan ahli jawatankuasa Pas Pusat, beliau mengakui terdapat unsur ketelanjuran ketika membuat ulasan terhadap perkara itu pada sidang media, 20 Disember lalu.

Beliau berkata, ulasan yang sama turut terkandung dalam kenyataan akhbar.

“Memandangkan apa yang saya katakan ini telah diputuskan dan diterima dalam Muktamar Pas dan disahkan Majlis Syura Ulama, sebagai ahli dan pimpinan parti, saya menyetujui apa dikatakan.

“Pada masa sama, ia juga untuk menyuarakan panda­ngan dan pendapat sebaha­gian ahli dan penyokong Pas serta masyarakat. Ada beberapa perkara saya rasa agak perlu, bukan perkara dasar, tetapi hal teknikal berkaitan Negara Berkebajikan itu,” katanya.

Hasan berkata, apa disuarakan bukan pandangan peribadi beliau semata-mata, tetapi pandangan sebahagian ahli, penyokong Pas yang simpati dengan perjua­ngan Pas yang dilihat semakin tersasar daripada perjuangan asalnya.

Ketika ditanya sama ada akan bertemu dengan pimpinan tertinggi Pas berhubung perkara ini, katanya be­liau sentiasa bersedia bila-bila masa.

“Saya tidak dapat surat lagi, tetapi apa pun demi mencari kedamaian, titik penyelesaian, mengelakkan sebarang polemik, mengelak kegusaran di kepada dan di hati terutamanya ahli dan penyokong pas, saya bersedia bila-bila masa untuk dipanggil.

“Panggil lepas subuh pun saya datang, lepas tengah malam pun saya datang kerana patuh kepada pimpinan dan memerlukan pandangan daripada pimpinan tentang apa yang berlaku ini. ” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997