Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Alhamdulillah…Isteri Saya GRO, Dapat Bantu Keluarga’ Erkk!

$
0
0

Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda.

“Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan.

“Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu.

“Tapi, isteri saya baru saja berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini dia hamil lima minggu,” katanya.

Menurutnya, ketika Liza menjadi pelayan pelanggan di sebuah pusat karaoke terkenal di Petaling Jaya, dia menghantar isterinya itu ke tempat kerja pada jam 9 malam dan menjemputnya pulang jam 1 pagi.

“Saya maca biasa ‘enjoy’ di tempat lain, kadang-kadang saya melepak juga di tempat isteri bekerja.

“Kini dia hamil dua minggu, jadi saya fikir elok dia berhenti. Tapi, dia minat menyanyi, jadi kadang-kadang kami ke tempat kerja lamanya sebagai pelanggan,” katanya.

Menurutnya, secara purata pendapatan Liza ketika menjadi GRO antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan.

“Tapi biasalah, “duit panas”, banyak mana pun dapat tetap habis entah ke mana,” katanya.

Man berkata, dia percaya isterinya tidak melakukan perkara tidak senonoh walaupun ada pelanggan yang cuba mengambil kesempatan terhadap wanita GRO sepertinya.

“Daripada 40 orang GRO, 30 yang buat kerja bukan-bukan, 10 lagi tidak. Tapi, pandangan orang memang sentiasa fikir kerja GRO ini jahat.

“Macam isteri saya, kalau dia kerja bukan-bukan, berapa lama dia boleh menyorok daripada saya, lambat-laun bocor juga. Jadi, sebab itu saya percayakan dia,” katanya.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997